Hari itu sempat jugalah saya menjeling jeling melihat orang bersilat, bunganya tersusun juga tapi agak kurang sopan membontot kepada pengantin. Setahu saya bersilat di hadapan pengantin tidaklah menggunakan kaki, sepak sana sepak sini. Apasalahnya main bunga cantik cantik, namanyapun silat pengantin. Kalau silat nak berperang elok sahaja bawa golok, lembing dan parang.
gambar hiasan
Tapi oleh kerana tayangan berbayar lantak dia oranglah. Nasib baik kawasan agak luas untuk terpelanting ke sana ke sini. Adik saya bermain silat di atas tikar plastik aja. Pernah juga saya masuk campur, tersadung juga kaki ke akar kayu. Kalau main di hadapan pengantin boleh juga main cara rendah dan tinggi tapi tak usahlah buka kangkang luas luas, putar jauh jauh. Tak usah main batin jurus berasap sana sini. Kita nak buat persembahan dan bukan nak makan orang.
gambar hiasan
Kekadang nak gelak juga, orang masuk mengadap pengantin main masuk je, dan bila nak nak keluar main blah je..Taulah awak tu orang kuat boleh sergah harimau tapi tak usah bergurau dengan kucing...Bodoh bodoh si kucing tu pandai jugak panjat pokok..... Taulah awak tu orang lawa, pakai baju cantik cantik, ada chop sana sini, ada pakai warna merah kuning hijau macam traffic light, tak cukup dengan itu pakai songket pulak... Dahsyat bang....orang zaman sekarang memang dahsyat. Sudah ada pangkat ayahanda dan bonda dan tak macam orang dulu pakat pakai baju hitam saja macam geng bawah tanah. Orang dulu dulu bang tak ada lampu ....adalah pelita meliuk liuk ditiup angin... Tau tau penyepak datang, tau tau kena sepak pak belang..
Diakhir kata, mana mana yang dah terhiris luka eloklah belajar ilmu kebal, jangan jadi ayam jantan " kokok berderai derai, ekor tersangkut taik" Tak lupa juga saya nak tinggalkan pantun supaya kalian tidak bersusah susah bertempik....
Ganda rusa ganda rusi
Tanam di tanah lembah
Aku berdosa aku dipuji
Aku bersalah aku disembah.........
Ganda terus Ganda berisi
ReplyDeleteTanam tanah lembah
Aku berdosa dan aku berisi
Pada sekelian umat Muhammad...
Berkat kalimah...
Gandaterus ganda berisi
ReplyDeleteTanam ditanah lembah
ilmu didada penuh berisi
dihulur pistol ngapa menyembah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegendang gendut tali kecapi,
ReplyDeletegoreng ayam part paha,
aku org baru x pandai mengisi,
hahahahahahahahahahaha.