31 December, 2012

Amalan jin

Masa budak budak dulu selalu sangat tenguk cerita indon dan cerita cina. Semua cerita lawan lawan terbang terbang macam ultraman. Teringinlah seperti itu dan sibuklah cari guru sana sini. Rata rata guru yang ditemui tak da lah boleh terbang sebab kejadian manusia tidaklah seperti binatang. Maka selepas itu sibuklah menghapal ayat ayat nak bagi rengan badan. Tak boleh terbang jugak walaupun saya masuk gmnastik  belajar dengan jepun
Masa itu teringin juga masuk silat batin pukul jarak jauh. Banyak kawan kawan masuk dan sekarang dahpun berbatin membanyakkan anak dan bini. Hari ini impian nak terbang tak kesampaian jugak kecuali naik kapal terbanglah., kena pakai jinlah kut dan bagi upah barulah boleh terbang



25 December, 2012

Tak boleh solat

Seorang lelaki melayu yang berumur setengah abad saya temui di sebuah setesen minyak. Sewaktu saya sedang mengisi minyak, beliau mendekati saya untuk meminta wang. Katanya beliau sakit jiwa, sukar mengingati dan tidak boleh solat. Kata katanya membuat saya teringat dengan seorang sahabat saya dari melaka. Beliau mempunyai masalah yang sama iaitu tidak boleh solat. Tiap kali solat tubuhnya akan bergegar dan telinganya akan berdenyut. Bagi saya itu adalah gangguan sementara nak pandai. Namun sahabat saya itu telah sempat memperkenalkan kepada saya akan sebuah kitab yang menjadi  penawar kepada sakitnya

25 November, 2012

Soal Jawab Dunia

Salam..............

Pantun orang lama

Bunga cina kembang sekarang
letak mari atas batu
baju kukena kain kusarung
ada seri naik ke mukaku............

Mak oiii cantinya, lawanya, segaknya.....tapi kenapa orang menolak bila mahu didandankan ? Jadi pengantin tak usahlah sombong, bagilah mak andam hembus hembus sikit. Jangan harap make up kat kedai je.....kalau mak andam tu hembus hembus, biar lantaknya tapi ilmu mak andamtu tak usahlah ambik. Manalah tahu dah tua tua esok tiba tiba cantik balik macam anak dara. Tunggu bulan mengambang sambil naik buaian.


Pada hari ini pengantin baru tidak sibuk lagi pasal penyeri penyeri muka. Ada duit muka pasti berseri tambah tambah kalau" loan " kawin lulus dan dapat pulak sampai RM 40/- Waktu itu senyum sampai ketiak dibuatnya tapi kalau tidak lulus pinjaman itu memanglah haru. Bersandingpun rasa macam rasa ya tak ya. Seperti kata orang luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapalah yang tahu. Kalau tak ada duit kenalah main wayang di depan orang. Kawan saya dulu pernah tak cukup duit, emak mertuanya yang tolong pinjam sekejap. Habis majlis kenalah pulang balik, nak jaga air muka menantulah kena buat macam itu. Siapalah yang tidak sayang menantu baru....

Bulan 12 ini pastilah banyak jemputan, kita kena siap sampul surat raya banyak banyak. Marilah kita tenguk majlis orang. Tenguk orang pakai baju melayu panas panas tu dan berwarna warni macam pengantin tamil. Pakai baju kuning, back ground warna hijau, pakai baju merah back ground warna unggu. Bukanlah main menyerlah sepertinya hendak masuk filem......


Selepas majlistu tahulah nasib korang......rupa rupanya yang manis itu memang tidak ada sebaliknya banyak beno masalahnya........

Tahun depan banyaklah mengkekah anak yang baru lahir, buat akikah tu macam kerja wajib pulak. Kalau tak buat nanti anak tak ada transport di akhirat. Dah macam filem cina kena buat kereta, lori, ubat gigi, meja kerusi dan rumah dari kertas dan lepas tu kasi bakooooo. Dulu suruh mengaji agama , tak hendak dengo, sekarang sibuk tanya ustaz. Apa kata ustaz tu kira betul ajalah....Balik balik tanya soalan yang sama, jenuh ustaz nak jawab. Balik balik tanya ustaz , apa hukum minum susu isteri, ada ke saya ni sesusu dengan anak saya"  Itulah korang, menetek pandai, akai tak nak pakai...........


23 November, 2012

Bukan Salah Ibu Mengandung

Salam................

Sejauh mana kawan kawan , saudara mara dan adik beradik boleh berbaik dengan kita ? Pada peringkat pertama ketika kecil dimana sama sama keluar dari satu perut adalah satu kemungkinan. Bila sudah besar sedikit datanglah belangnya bertelagah tetapi oleh kerana ada emak bapak masihlah boleh bersatu.....Selepas itu sesudah bekerja, berkahwin dan dapat anak maka terserlah perbezaan. Ada anak emas, ada anak batu dan ada anak kayu........ Akhirnya sesudah bermenantu dan bercucu.....maka jurang semakin jauh walaupun darah daging yang sama. Kata orang, carik carik bulu ayam  lama lama bercantum juga...Memang bercantum bila ada kematian dan bila ada kemalangan. 


Sebenarnya di dalam tiap tiap keluarga memang ada carik mariknya. Buat bodoh ajalah.... Tapi dalam buat bodoh itu kenalah berhati hati hati " buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali"  Dalam hal adik beradik ini berpada padalah berbuat baik kerana terlalu banyak sangkutnya daripada ipar duai sampailah ke menantu hantu. Janganlah buat jahat dengan adik beradik, hantar hantu ke sana sini suruh cekik, tabur garam, hantar santau dan bermacam macam hantaran. Itu kerja setan.................


Kalau ada yang tidak kena eloklah berbincang secara baik, jangan berbincang sambil minum tuak dan arak, jangan berbincang sambil selit parang kat belakang. Itu bukan bincang namanya tapi bakal dicincang. Sebenarnya cakap cakap dari mulut kita ini yang selalu menjadi punca. Janganlah cakap berbelit belit berputar putar merumitkan keadaan. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul, janganlah nak menegakkan benang yang basah tapi benda basah memang boleh tegak.............

Seperkara yang baik ialah mengasing diri bila menempuh kekalutan. Maksudnya kita berhijrah untuk melegakan keadaan yang memang kelam kabut. Berhijrah itu apa ? Pindah le, pergilah mana mana, pergi shopping ke laki bini, pergi umrah ke..... buat apa sibuk sibuk bagi ceramuk otak orang.


Diakhir kata mari kita berjampi sedikit

Bismillahhirrohmanirrohim

Hai malaikat sidang bakyu mukmin sidang mukmin
Jika orang bertanya aku ke hulu kata ke hilir
Aku ke darat kata ke baruh
Aku duduk di dalam Qaf Baitullah
Dengan berkat doa lailahaillallah muhammadarrasullullah...



Silap Melangkah

Salam..............

Hari itu sempat jugalah saya menjeling jeling melihat orang bersilat, bunganya tersusun juga tapi agak kurang sopan membontot kepada pengantin. Setahu saya bersilat di hadapan pengantin tidaklah menggunakan kaki, sepak sana sepak sini. Apasalahnya main bunga cantik cantik, namanyapun silat pengantin. Kalau silat nak berperang elok sahaja bawa golok, lembing dan parang.

gambar hiasan

Tapi oleh kerana tayangan berbayar lantak dia oranglah. Nasib baik kawasan agak luas untuk terpelanting ke sana ke sini. Adik saya bermain silat di atas tikar plastik aja. Pernah juga saya masuk campur, tersadung juga kaki ke akar kayu. Kalau main di hadapan pengantin boleh juga main cara rendah dan tinggi tapi tak usahlah buka kangkang luas luas, putar jauh jauh. Tak usah main batin jurus berasap sana sini. Kita nak buat persembahan dan bukan nak makan orang.

gambar hiasan

Kekadang nak gelak juga, orang masuk mengadap pengantin main masuk je, dan bila nak nak keluar main blah je..Taulah awak tu orang kuat boleh sergah harimau tapi tak usah bergurau dengan kucing...Bodoh bodoh si kucing tu pandai jugak panjat pokok..... Taulah awak tu orang lawa, pakai baju cantik cantik, ada chop sana sini, ada pakai warna merah kuning hijau macam traffic light, tak cukup dengan itu pakai songket pulak... Dahsyat bang....orang zaman sekarang memang dahsyat. Sudah ada pangkat ayahanda dan bonda dan tak macam orang dulu pakat pakai baju hitam saja macam geng bawah tanah. Orang dulu dulu bang tak ada lampu ....adalah pelita meliuk liuk ditiup angin... Tau tau penyepak datang, tau tau kena sepak pak belang..

Diakhir kata, mana mana yang dah terhiris luka eloklah belajar ilmu kebal, jangan jadi ayam jantan " kokok berderai derai, ekor tersangkut taik"  Tak lupa juga saya nak tinggalkan pantun supaya kalian tidak bersusah susah bertempik....

Ganda rusa ganda rusi
Tanam di tanah lembah
Aku berdosa aku dipuji
Aku bersalah aku disembah.........

21 November, 2012

Pindah Rumah Baru

Salam............

Pernah anda berpindah rumah ?............

Waktu selepas kahwin, pindah rumah tidaklah sesunah mana sebab barang tidaklah banyak. Kalau setakat tilam dan bantal buruk bolehlah diangkut dengan teksi. Tapi syarat besar adalah rumah sewa kena ada, kalau tak ada terpaksalah duduk di bawah jambatan Nak dapat rumah sewa masatu merangkaklah juga. Harga yang paling selesapun RM 250/- Kalau rumah yang RM 150/- keadaannnya pulak sangat azab sekali dimana pintu dan dinding mudah bergoyang. Dari RM 250/- naik pulak RM 350/-. Tuan rumah takkan  bagi rumah saja saja melainkan mengenakan deposit 2 bulan tidak termasuk deposit api air.


Selepas duduk rumah bertingkat di Selayang, saya pindah pula ke Kepong. Rumah besar, deposit free sewa bulanan RM 460/- tapi saya tak perlu bayar sebegitu banyak. Cara nak pindah memang pening sebab dah ada banyak barang termasuk anak anak kucing. Minta tolong budak bawak lori company tolong angkut, termasuk ada saudara baru yang tolong angkut dengan kereta. Nasib baiklah kita mulut lidah baik , maka tidaklah ada orang main cakap suka hati sahaja.......Pindah randah memang memenatkan apatah lagi rumah tu rumah sewa. Kalau tuan rumah baik hati, kira ok lah. Kalau tidak baik hati walaupun saydara sendiri, apalah gunanya.........

Dalam hidup ini jika kita mahu mengggunakan orang, kita kenalah sama baik hati, tak usah dok berkira kira. Kalau kita baik hati bukanlah sahaja lori tapi kapalterbangpun orang sanggup sediakan tidak termasuk kenduri kendara....

19 November, 2012

Adat Merantau

Salam.......

Saya tukar nama kepada Naluri Pak Teh, tak sampai hati kacau blog orang lain...........


Saya sebagai menantu memang tidak faham sangat adat orang negeri beras.  Sikap saya agak keras dalam menghadapi sesuatu dan saya tidak suka bercakap berputar putar demi untuk menjaga hati orang lain.........Tapi banyak orang tidak berapa faham apa yang saya katakan. Orang kata saya ini cakap macam siam masuk melayu...Lama kelamaan saya mendapati perkahwinan ini adalah perkahwinan dua adat yang berlainan. Saya kena belajar adat orang sambil saya lebih beradat lagi berhadapan dengan mereka. Saya bagi tahu kepada anak anak, korang kena buat fikiran terbuka ketika berada di kampung....Terimalah seadanya cerita dan budaya orang.


Kali pertama menjengah ke rumah bapa mertua saya tidak dapat tidur dengan lena. Saya mendengar orang berjalan jalan memijak lantai di waktu malam. Jenguk jenguk tak nampak siapapun. Keadaan begitu menyebabkan saya memberanikan diri bersendirian di dalam kegelapan terutama waktu magrib. Tidak nampak satu lembagapun duduk atau meloncat yang ada cumalah saya...... Lama kelamaan saya sudah biasa di rumah itu, dengar khabarnya jikalau anak anak tidak pulang, rumah bahagian atas itu kosong sahaja. 

Suatu hari ketika arwah guru saya singgah di rumah itu, sayapun bertanya apakah benda itu. Beliau menjawab biasalah kalau orang bersawah padi.......Ahli keluarga pula berkata, kayu di rumah itu diambil dari pokok merbau berdarah...... Owwww macam itu ka ? Saya tahu tentang pokok merbau berdarah itu semasa saya bekerja di sebuah syarikat juruukur. Saya dan kawan kawan pernah tebang pokok tu.....Gila punya kerja...sememangnya getah pokok keluar berwarna merah. Tapi apa kena mengena pokok tu dengan rumah mertua saya ?  Kata arwah guru, kalau bawa barang dari laut, biasanya yang mengikut hantu laut, kalau pula dari hutan maka yang mengikutnya jembalang tanah...Wallahualam...siapa yang pandai tolong terjemahlah......


Kini rumah tersebut telah lama di tinggalkan dan disewakan kepada orang lain. Entah apa khabar dan cerita orang itu tidaklah diketahui....

18 November, 2012

Orang KL Berasa Pelik

Salam,

Kali pertama makan angin ke Negeri Beras ini dalam tahun 80 an jugak  Orang dah biasa duduk di KL memikirkan kena bawa banyak duit ke sana, maklumlah berjalan jalan makan angin. Kali pertama waktu pagi pagi buta saya singgah di sebuah kedai makan di Kota Sarang Semut. Seperti biasa orang KL akan cari nasi lemak dan minum air teh... Selepas makan mistilah kena bayar, tanya tuan kedai berapa harga semuanya...... Dia kata 7 kupang.....Saya rasa macam telinga saya tersumbat kut....



Seorang kawan saya bawa dari KL datang melawat kampung di Pendang. Waktu nak balik KL kami merayau di pekan Pendang itu. Kawan saya teringin sangat nak membeli kueh udang. Saya tanya berapa ringgit nak beli untuk dibuat bekalan di dalam bas, dia kata nak beli seringgit, Saya kata padanya memang kau ni nak mampus....


Masa itu kueh udang atau cucur udang boleh dibeli dengan harga seringgit sebanyak tiga keping yang lebar lebar. Kalau dimakan kenyang sampai ke tengahari.

Ketika duduk makan makan di rumah, salah seorang bapak saudara sebelah isteri lalu di depan rumah. Saya makan dengan selamba buat tak tahu sahaja. Pertama dengan sebab makanan itu amat sedikit untuk diajak makan bersama, kedua saya fikir dia lalu sahaja dihadapan rumah. Tiba tiba saya kena tegur " hang tak pelawa pakcik tu makan ka ?. Saya terpegun, rupanya masih ada adat ajak ajak ayam .... Kalaulah kat KL kita buat macam tu...maka ramailah orang datang duduk di sebelah kita......

17 November, 2012

Geramnya

Kalaulah kipas boleh bercakap dia akan kata betapa senyap sepinya opis ni. Memang kadar gila duduk sorang sorang. Sebelah tu ada function cikgu yang bakal menyusahkan sebentar lagi. Cikgu pun hari Ahad duduklah rumah, malam karang baru datang

Syoknya

Salam.......

Sabtu 10hb November saya sampai ke Gurun di negeri Kedah.  Sungguh gembira kelihatanya budak budak itu di dalam perjalannannnya


Ada yang sempat melawat ke ladang ladang dan tempat mandi.



Ada yang masuk ke hutan ..


Ada yang menjengah ke laut


Ada yang menjenguk kambing


Ada yang mengambil angin waktu senja



Semuanya kerana majlis perkahwinan itu


Ada yang bergambar bermacam macam rupa






Pesanan Orang Lama

Salam............

Arwah ayah dahulu ada berpesan pesan dalam sembang sembangnya, katanya bahawa suatu hari nanti adik beradik akan menjadi orang lain manakala orang lain pula akan menjadi adik beradik. Hati adik beradik tidaklah bersatu walaupun lahir dari satu perut. Lalu ayah mencuba juga hati menantunya dengan kata kata antara kapur, kacip, arang dan buah pinang yang mana satu yang hang pilih......

Lalu saya jawab, saya pilih kacip......Ini adalah kerana kacip dapat membelah pinang yang keras dan iainya tidak selembut kapur dan arang. Ayah kata, pilihan saya tidak begitu baik kerana ianya boleh menjadikan pecah belah. Sebenarnya hati saya yang keras, saya tidak suka cakap berputar belit, hidup seperti enau dalam belukar, saya tidak suka bertenggek di atas nama orang untuk melepaskan diri sendiri. Walaupun pinang itu memangnya keras, boleh bergolek ke sana sini namun pinang tidak mempunyai kekuatan mencantas keburukan dan permainan orang....


Saya adalah anak bapak ke 4, di kedah saya di gelar Pak Teh, di Selangor saya di gelar Pak Uda. Semasa hayat bapak, dia sering bermain kata kata dengan saya dalam ketawanya. Dia bertanya kepada saya tolong jelaskan perkara ini.

Nikah Quran dengan makna
Nikah Badan dengan nyawa
Nikah Hamba dengan hamba
Nikah Tuhan dengan hamba..........

Itulah mainan bapak asal sahaja ada orang melayannya. Kini bapak telah tiada. Tinggallah rumah dan tangga, tanah tidak sebesar mana, anak tidak secerdik mana tapi bapak ada berkata bahawa tidak ada sesiapa yang betul di dalam dunia ini kecuali nabi muhammad.....Sebab itu hidup kita ini selalu bercampur betul dan salah, selalu melakukan kesilapan samaada sengaja dan tidak sengaja.....Semuga Allah mengampuni dosa kedua dua orang orang tua kami di semua pihak.


16 November, 2012

Gendang Semangat

Salam..........

Bermula sudah musim orang kahwin dan diserikan lagi dengan musim hujan, maka melimpah limpahlah air di kaki bukit menghanyutkan ranting ke kuala. Manusia tetaplah sama dengan perangai manusia dan diberi akal oleh Tuhan Yang Maha Kuasa


Musik terus berbunyi gendang dipalu, bunyinya menusuk ke dalam telinga. Tidak ada seorangpun tahu apakah yang bakal terjadi walaupun hujan panas menyambut pengantin selepasnya majlis pernikahan.......

Alunan serunan gendang dan gong saling bercampur, membakar semangat di majlis nan indah. Tanah kawasan entah disemah entahkan tidak, entah dipagar entahkan tidak. Pesilat melangkah mengikut tari, tendang menendang elak mengelak. Tetamu yang datang sungguh terpegun, tuan rumah sangat bergembira.

Tak seorangpun tahu ini adalah istiadat memuja dan memanggil dan membangkitkan semangat. Kalau dipanggil manakah upahnya manakah sesajinya. Hanya tahu bersuka suka tetapi tidak memikirkan akibatnya.  Benarlah kata orang, buatlah sesuatu dengan ilmu tetapi jangan mengikut nafsu......


Syukur Alhamdulillah, pengantin telah selamat bersatu.......mana yang pahit teruslah ditelan dan dijadikan pengajaran di masa akan datang.


14 November, 2012

Salam Perkenalan

Salam..........

Pak Teh mulakan blog ini dengan ucapan bismillah dan doa Nabi Yusof


Semoga penulisan ini mendapat berkat dan pertunjuk dari Allah Taala