12 May, 2013

Kembali Ingatan Lama

Salam......

Ingatlah lagi sewaktu budak budak dulu, tak adalah kerja lain melainkan hendak sangat pandai bersilat. Terasalah ingin terbang seperti burung, kira terrorlah tu........



Zaman sekarang sepertinya tidak perlu semua itu. Kita sudah ada banyak kemajuan. Tidak perlu silat silat dan tikam menikam, sebab pistol dah ada...


Teringat saya bila arwah emak, buangkan semua baju hitam saya ke sungai, ambil segala kitab pelajaran saya dengan alasannya sendiri. Semuanya kerana tidak mahu anaknya mengarut.

Tapi di zaman ini tentu lebih mengarut kalau orang hanya tahu menjerit, bunyi suara yang menggerunkan tapi habukpun tarak. Mereka menjadi ayam berkokok berderai derai tapi ekor disekaputi TAIK.