17 November, 2012

Pesanan Orang Lama

Salam............

Arwah ayah dahulu ada berpesan pesan dalam sembang sembangnya, katanya bahawa suatu hari nanti adik beradik akan menjadi orang lain manakala orang lain pula akan menjadi adik beradik. Hati adik beradik tidaklah bersatu walaupun lahir dari satu perut. Lalu ayah mencuba juga hati menantunya dengan kata kata antara kapur, kacip, arang dan buah pinang yang mana satu yang hang pilih......

Lalu saya jawab, saya pilih kacip......Ini adalah kerana kacip dapat membelah pinang yang keras dan iainya tidak selembut kapur dan arang. Ayah kata, pilihan saya tidak begitu baik kerana ianya boleh menjadikan pecah belah. Sebenarnya hati saya yang keras, saya tidak suka cakap berputar belit, hidup seperti enau dalam belukar, saya tidak suka bertenggek di atas nama orang untuk melepaskan diri sendiri. Walaupun pinang itu memangnya keras, boleh bergolek ke sana sini namun pinang tidak mempunyai kekuatan mencantas keburukan dan permainan orang....


Saya adalah anak bapak ke 4, di kedah saya di gelar Pak Teh, di Selangor saya di gelar Pak Uda. Semasa hayat bapak, dia sering bermain kata kata dengan saya dalam ketawanya. Dia bertanya kepada saya tolong jelaskan perkara ini.

Nikah Quran dengan makna
Nikah Badan dengan nyawa
Nikah Hamba dengan hamba
Nikah Tuhan dengan hamba..........

Itulah mainan bapak asal sahaja ada orang melayannya. Kini bapak telah tiada. Tinggallah rumah dan tangga, tanah tidak sebesar mana, anak tidak secerdik mana tapi bapak ada berkata bahawa tidak ada sesiapa yang betul di dalam dunia ini kecuali nabi muhammad.....Sebab itu hidup kita ini selalu bercampur betul dan salah, selalu melakukan kesilapan samaada sengaja dan tidak sengaja.....Semuga Allah mengampuni dosa kedua dua orang orang tua kami di semua pihak.


1 comment: