23 November, 2012

Bukan Salah Ibu Mengandung

Salam................

Sejauh mana kawan kawan , saudara mara dan adik beradik boleh berbaik dengan kita ? Pada peringkat pertama ketika kecil dimana sama sama keluar dari satu perut adalah satu kemungkinan. Bila sudah besar sedikit datanglah belangnya bertelagah tetapi oleh kerana ada emak bapak masihlah boleh bersatu.....Selepas itu sesudah bekerja, berkahwin dan dapat anak maka terserlah perbezaan. Ada anak emas, ada anak batu dan ada anak kayu........ Akhirnya sesudah bermenantu dan bercucu.....maka jurang semakin jauh walaupun darah daging yang sama. Kata orang, carik carik bulu ayam  lama lama bercantum juga...Memang bercantum bila ada kematian dan bila ada kemalangan. 


Sebenarnya di dalam tiap tiap keluarga memang ada carik mariknya. Buat bodoh ajalah.... Tapi dalam buat bodoh itu kenalah berhati hati hati " buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali"  Dalam hal adik beradik ini berpada padalah berbuat baik kerana terlalu banyak sangkutnya daripada ipar duai sampailah ke menantu hantu. Janganlah buat jahat dengan adik beradik, hantar hantu ke sana sini suruh cekik, tabur garam, hantar santau dan bermacam macam hantaran. Itu kerja setan.................


Kalau ada yang tidak kena eloklah berbincang secara baik, jangan berbincang sambil minum tuak dan arak, jangan berbincang sambil selit parang kat belakang. Itu bukan bincang namanya tapi bakal dicincang. Sebenarnya cakap cakap dari mulut kita ini yang selalu menjadi punca. Janganlah cakap berbelit belit berputar putar merumitkan keadaan. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul, janganlah nak menegakkan benang yang basah tapi benda basah memang boleh tegak.............

Seperkara yang baik ialah mengasing diri bila menempuh kekalutan. Maksudnya kita berhijrah untuk melegakan keadaan yang memang kelam kabut. Berhijrah itu apa ? Pindah le, pergilah mana mana, pergi shopping ke laki bini, pergi umrah ke..... buat apa sibuk sibuk bagi ceramuk otak orang.


Diakhir kata mari kita berjampi sedikit

Bismillahhirrohmanirrohim

Hai malaikat sidang bakyu mukmin sidang mukmin
Jika orang bertanya aku ke hulu kata ke hilir
Aku ke darat kata ke baruh
Aku duduk di dalam Qaf Baitullah
Dengan berkat doa lailahaillallah muhammadarrasullullah...



1 comment:

  1. harap harap janganlah sampai macam tu ye panglima....

    ReplyDelete