19 November, 2012

Adat Merantau

Salam.......

Saya tukar nama kepada Naluri Pak Teh, tak sampai hati kacau blog orang lain...........


Saya sebagai menantu memang tidak faham sangat adat orang negeri beras.  Sikap saya agak keras dalam menghadapi sesuatu dan saya tidak suka bercakap berputar putar demi untuk menjaga hati orang lain.........Tapi banyak orang tidak berapa faham apa yang saya katakan. Orang kata saya ini cakap macam siam masuk melayu...Lama kelamaan saya mendapati perkahwinan ini adalah perkahwinan dua adat yang berlainan. Saya kena belajar adat orang sambil saya lebih beradat lagi berhadapan dengan mereka. Saya bagi tahu kepada anak anak, korang kena buat fikiran terbuka ketika berada di kampung....Terimalah seadanya cerita dan budaya orang.


Kali pertama menjengah ke rumah bapa mertua saya tidak dapat tidur dengan lena. Saya mendengar orang berjalan jalan memijak lantai di waktu malam. Jenguk jenguk tak nampak siapapun. Keadaan begitu menyebabkan saya memberanikan diri bersendirian di dalam kegelapan terutama waktu magrib. Tidak nampak satu lembagapun duduk atau meloncat yang ada cumalah saya...... Lama kelamaan saya sudah biasa di rumah itu, dengar khabarnya jikalau anak anak tidak pulang, rumah bahagian atas itu kosong sahaja. 

Suatu hari ketika arwah guru saya singgah di rumah itu, sayapun bertanya apakah benda itu. Beliau menjawab biasalah kalau orang bersawah padi.......Ahli keluarga pula berkata, kayu di rumah itu diambil dari pokok merbau berdarah...... Owwww macam itu ka ? Saya tahu tentang pokok merbau berdarah itu semasa saya bekerja di sebuah syarikat juruukur. Saya dan kawan kawan pernah tebang pokok tu.....Gila punya kerja...sememangnya getah pokok keluar berwarna merah. Tapi apa kena mengena pokok tu dengan rumah mertua saya ?  Kata arwah guru, kalau bawa barang dari laut, biasanya yang mengikut hantu laut, kalau pula dari hutan maka yang mengikutnya jembalang tanah...Wallahualam...siapa yang pandai tolong terjemahlah......


Kini rumah tersebut telah lama di tinggalkan dan disewakan kepada orang lain. Entah apa khabar dan cerita orang itu tidaklah diketahui....

3 comments:

  1. blog baru ker neh, pakdin? saya faham maksud pakdin tuh...

    ReplyDelete
  2. ge ge ge no kitaro la bah.....http://en.wikipedia.org/wiki/GeGeGe_no_Kitaro

    ReplyDelete
  3. mmmm..pergi la menjeguk pakteh ;D
    salam kenal ;D

    ReplyDelete